Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bapa Puas Hati Pembunuh...

"SAYA rasa puas dan lega,’’ demikian pengakuan seorang bapa selepas menyaksikan perogol dan...

Pertabalan Agong: Dewan Negara...

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini merafak sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan...

Akaun Twitter Lelaki Paling...

LELAKI ini, Martin Shkreli dinobatkan sebagai individu paling dibenci dalam media sosial. Dia yang...

Wanita Tidak Mengaku Sedia...

Kuantan : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas...

Macam-Macam.. Kaya Hanya Dengan Jual Air Mani Kerbau

INDIA– Meskipun seekor kerbau mencatatkan rekod dunia dengan harga RM6.68 juta dalam jualan lelong, namun pemiliknya enggan menjual kerbau berkenaan.

Ini kerana Karamvir Singh dengan senang memperolehi pendapatan RM163,000 sebulan hasil penjualan air mani kerbau berkenaan yang digelarnya Bheem Donor, berusia tiga tahun.

Bagi Singh, yang menetap di kampung Sunario, air mani kerbau tersebut amat bernilai dan binatang itu mampu menghasilkannya setiap hari bagi memenuhi perintaan di seluruh negara.

“Saya tidak nampak keperluan untuk menjual kerbau ini kerana saya boleh mendapat hasil yang tinggi setiap bulan,’’ katanya yang turut menyifatkan Bheem sebagai anak lelaki yang menguntungkan.

Salah satu sebab kenapa air mani Bheem menjadi mahal adalah kerana ibu kerbau itu mampu menghasilkan hingga 26 liter susu setiap hari, iaitu rekod dunia untuk kerbau jenis Murrah.


Justeru penternak mahu mendapatkan baka kerbau berkenaan bagi tujuan penghasilan susu.

Namun penjagaan kerbau berkenaan juga bukan mudah kerana Singh terpaksa membelanjakan RM100 sehari bagi mendapatkan makanan yang berkualiti untuk Bheem.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori