China – Meskipun terjatuh dari tingkat 16, seorang lelaki yang melarikan diri daripada pengutip hutang telah terselamat, malah dia hanya mengalami sedikit kesan calar.
Lelaki itu, Lin Lu terjatuh melalui lubang udara di atas bumbung bangunan apartmen tersebut ketika sedang bersembunyi di situ.
Dia memasuki lubang itu selepas memanjat tingkap rumahnya dan naik ke atas bumbung.
“Saya sangkakan pengutip hutang itu akan naik ke bumbung, lalu saya memutuskan untuk bersembunyi di lubang udara berkenaan, malangnya saya terjatuh ke bawah,’’ katanya.
Lin Lu menggunakan lengan dan kaki untuk menampan lubang udara itu ketika terjatuh dan usahanya itu berhasil apabila dia masih bernyawa.
Bagaimanapun setelah terjatuh, Lin Lu terperangkap di situ dan dengan menggunakan telefon bimbitnya dia berjaya menghubungi abangnya.
Pasukan bomba kemudiannya dipanggil dan mereka terpaksa menebuk lubang dinding dalam usaha mengeluarkan Lin Liu.
Lin Lu kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan kemudiannya dibenarkan pulang.