Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Dibiar Tendang Kepala...

Syria – Sekeping gambar yang menunjukkan seorang kanak-kanak menendang kepala seorang askar, dipercayai...

Keluarga Malaysia Teruja, Kagum...

KUALA LUMPUR : Keluarga Malaysia berbilang kaum yang hadir di sambutan Hari Kebangsaan...

Kerajaan Lulus 55,974 Unit...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 55,974 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) melibatkan...

Nuha Tulis Lagu ‘Kekasih...

BEKAS peserta program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF14) Nuha atau nama sebenarnya Syamila...

Lelaki Maut Ditembak Di Jalan Klang Lama

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 36 tahun maut akibat ditetak dengan parang dan ditembak oleh tiga lelaki ketika dia sedang bercakap melalui telefon berhampiran sebuah kedai tayar di Jalan Klang Lama di sini awal pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira 5.45 pagi dan tiga penyerang itu yang memakai topi keledar dipercayai melarikan diri dengan motosikal.

Seorang saksi yang melihat serangan itu memberitahu polis bahawa mangsa dikejar oleh tiga lelaki bertopi keledar yang bersenjatakan parang.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah memberitahu Bernama, disebabkan ketakutan saksi yang melihat kejadian itu memasuki sebuah kedai sebelum dia mendengar satu das tembakan.


Selain menjumpai satu kelongsong peluru 9mm di tempat kejadian, polis yang memeriksa mayat mangsa mendapati terdapat tatu lambang harimau di lengan kiri dan tatu piramid di bahagian belakang mangsa.

Azlee berkata mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan dan kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori