Kazakhstan – Seorang lelaki menderita selama 12 tahun selepas pakar bedah secara tidak sengaja telah gunting pembedahan di dalam perutnya.
Lelaki itu, Karp Ponomaryov, 53, menjalani satu pembedahan bagi menyelamatkan nyawanya lebih sedekad lalu terkejut selepas mendapati gunting sepanjang 20 sentimeter berada dalam badannya.
Sejak kejadian itu, dia sering berasa sakit perut setiap selepas makan banyak, namun tidak mengadu apa-apa mengenainya.
Namun dia terpaksa mendapatkan rawatan doktor selepas dia kehilangan selera makan dan mula kehilangan berat badan.
Oonomaryov bagaimanapun tidak bercadang untuk menyaman hospital terbabit sebaliknya hanya meminta mereka mengatur pembedahan untuk membuang gunting tersebut dengan segera.
Pada masa sama, pakar bedah yang melakukan pembedahan itu telah meninggal dunia selepas bersara sejak tiga tahun lalu.
https://www.youtube.com/watch?v=DXMkdbSuKZ8