Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Keluaran Iphone Yang Seterusnya...

BUTANG fizikal Home di bahagian hadapan skrin peranti iPhone telah wujud sejak generasi...

Cuti Umum Tambahan Perayaan...

Kerajaan akan mengumumkan tambahan cuti kelepasan am bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula,...

Banjir: Ambil Kesempatan Kutip...

Kuala Lumpur : Pihak polis tidak menolak kemungkinan wujudnya segelintir individu yang mengambil...

Wanita Jual Anak Untuk...

COLOMBO - Seorang ibu sanggup menjual anak lelakinya berusia lima tahun dengan harga Rs30,000...

Lelaki Pukul Isteri Hingga Mati Ditahan Di Yong Peng

JOHOR BAHRU (Johor) – Seorang penganggur ditahan polis awal hari ini, dalam tempoh kurang 24 jam selepas dia dipercayai memukul hingga mati isterinya yang baru bersalin.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamed berkata suspek ditahan pada jam 2.45 pagi di kawasan awam di Yong Peng, hampir 100km dari kediaman mereka di sebuah rumah kedai di Jalan Meranti, Taman Sri Pulai, dekat Johor Baru.

“Suspek kini ditahan reman dan kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Mangsa, M Sila, 27, ditemui dalam keadaan tertiarap tidak sedarkan diri di atas lantai rumah kedai tersebut pada 6.40 pagi semalam.

Wanita itu dilaporkan meninggal dunia kerana kecederaan kepala sebaik tiba di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baru. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori