Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gempa Bermagnitud 4.0 Gegar...

KOTA KINABALU - Gempa bumi bermagnitud 4.0 skala Richter menggegarkan kawasan sekitar Gunung...

VIDEO: Singa Jejak Tanah...

VIDEO ini mungkin akan memberi kesedaran kepada masyarakat betapa tidak berhati perutnya manusia...

Lelaki Kejutkan Ramai, Bawa...

KEMATIAN yang tragis. Seorang lelaki yang baru dibebaskan daripada hospital sakit mental telah...

Seorang Penunggang Maut, Seorang...

JOHOR BAHRU - Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang lagi cedera parah apabila...

Lelaki Rentung Selepas Langgar Pembahagi Jalan Di Loke Yew

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 30-an rentung apabila kereta yang dipandunya terbakar selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Loke Yew hari ini.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya terperangkap dalam kenderaan itu yang terbakar sejurus kemalangan berlaku.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihaknya tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.46 pagi.

“Kemalangan melibatkan kereta Toyota Vios yang dipandu mangsa bersendirian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori