Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengundi Hantu Tidak Wujud,...

KUALA LUMPUR - Istilah pengundi hantu sebenarnya tidak wujud dan hanya satu propaganda...

Melecur 80 Peratus Gara-Gara...

Seorang lelaki menerima padah apabila badannya hampir 80 peratus melecur dipercayai ketika cuba...

Taman Tema Air Akan...

PADANG BESAR - Sebuah taman tema air akan dibina di kawasan seluas empat...

Pembangkang Silih Berganti, BN...

KUALA LUMPUR - Ketika rakyat Malaysia menyambut ulang  tahun Hari Malaysia ke-51 hari...

Lenovo Sisley S90 Persis iPhone6, Kini Di Malaysia

Lenovo telah memperkenalkan sebuah peranti baru yang hadir dengan rekaan lebih kurang menyerupai iPhone 6, dinamakan sebagai Lenovo Sisley S90.

Peranti yang mengundang kontroversi ini nampaknya akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

lenovo2

Perkara ini disahkan oleh SIRIM sendiri.

lenovo

Walaupun dari luar ia kelihatan seperti telefon pintar premium, namun spesifikasi dalamannya hanya pertengahan.

Lenovo Sisley S90 hadir dengan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 410 1.2Ghz, memori sebanyak 1GB RAm, ruangan storan 16GB serta dilengkapi bateri berkapasiti 2,300 mAh.


Seperti iPhone 6, ia tidak mempunyai slot kad Micro SD padanya.

klon3

Dari segi kamera, ia dilengkapi kamera utama 13MP dan kamera hadapan 8MP untuk kualiti selfie yang baik pada resolusi tinggi.

Menguatkan lagi fakta bahawa ia meniru iPhone 6, telefon ini mempunyai ketebalan 6.9mm dan berat 129g iaitu sama dengan iPhone 6 4.7 inci.

Menurut senarai SIRIM, ia mempunyai kebolehan dwi kad SIM dan menyokong 4G LTE jalur frekuensi 1800MHz dan 2600MHz.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori