LG membuat kemunculan mengejut apabila ia memasuki semula pasaran Malaysia, membawa bersamanya LG G3 dan G3 Stylus.
Syarikat Gergasi Korea Selatan itu dilihat pada sebelum ini tidak memasarkan peranti pintarnya di Malaysia untuk satu jangka masa yang agak lama atas sebab-sebab tertentu.
Dengan kemunculan dua telefon pintar ini, menandakan penyertaan semulanya ke pasaran Malaysia.
Menurut laman Amanz, pengedarnya di Malaysia, Brightstar mengesahkan bahawa LG G3 akan dijual pada harga RM1,699 manakala LG G3 Stylus akan dijual pada harga RM799.
Memandangkan kedua-dua telefon pintar ini teleh dilancarkan 7 bulan yang lalu, anda tidak boleh mengharapkan spesifikasi terkini, tetapi ia masih mempunyai spesifikasi yang tinggi dengan skrin 5.5 inci Quad HD, pemproses 2.5GHz Quad-Core Snapdragon 801, 3GB RAM, 32GB ruang storan kamera utama 13MP dengan penstabil imej dan bateri berkapasiti 3,000mAh.
Sebuah ciri menarik yang terdapat pada kamea LG G3 adalah sistem AF (Auto Focus) lazernya yang mengurangkan masa pemprosesan imej.
Peranti yang menyokong rangkaian 4G LTE ini di datangkan dengan Android 4.4 Kitkat dan boleh dikemaskini dengan Android 5.0 Lolipop tidak lama lagi.
Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dijual minggu hadapan dan kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menyerbu wakil jualan LG berhampiran anda.
Bagi LG G3 Stylus pula, ia hadir dengan skrin 5.5 inci qHD 960×540 dan didatangkan dengan pen stylus. Memandangkan ia sebuah peranti bajet, pemproses peranti ini menggunakan 1.3GHz Quad-Core MediaTek MT6582 dengan 1GB RAM.
Ruang storannya sedikit kecil iaitu 8GB tetapi terdapat ruangan slot kad SD yang menyokong sehingga 32GB ruang storan tambahan.
Dengan kapasiti bateri 3,000mAh dan juga kamera utama 13MP (Tanpa AF Lazer), ia menyokong sistem dwi kad SIM dengan 3G HSPA yang berkelajuan sehingga 21Mbps – MYNEWSHUB
Oleh: hzqahmd