Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Perjanjian Perubahan Iklim Paris...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pada Sabtu...

Pembangkang Bawa Orang Luar...

JOHOR BAHRU - Sambutan luar biasa terhadap kempen yang diadakan parti pembangkang tidak...

Budak Meniarap Pada Cermin:...

JOHOR BAHRU - Polis telah menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota Vios susulan...

Sokong Amanah Sama Seperti...

KOTA BHARU - PAS menyifatkan pengundi yang menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) pada...

Liga Malaysia Perlu Pengurusan Yang Sistematik – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – Liga Malaysia memerlukan pengurusan yang sistematik manakala setiap pasukan bertading perlu mempunyai kewangan yang kukuh untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, pembangunan fasiliti bola sepak bertaraf antarabangsa dalam aspek padang, stadium dan kejurulatihan juga perlu untuk mengecapi sasaran itu.

“Penyerapan lebih ramai bakat-bakat muda supaya diserapkan kepada pasukan utama yang beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana perlu dilakukan.

“Setiap pasukan yang beraksi perlu memiliki pasukan bawah 18 dan 15 tahun yang tersendiri, klinik bola sepak dan program-program bola sepak tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kata Nik Mohamad Abduh, struktur Liga Malaysia perlu juga diperkemaskan supaya lebih kompetitif dengan menggalakkan pembiayaan kewangan daripada syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Jelasnya, masalah utama yang melanda kebanyakan pasukan berkaitan dengan masalah kewangan yang jika tidak ditangani boleh menyebabkan sesebuah pasukan boleh terus ditutup.


Beliau turut menggesa supaya liga tempatan dibangunkan secara global dan tidak hanya mengekalkan corak permainan `traditional’ bola sepak negara ini.

Beliau turut menyentuh tentang penswastaan bagi Liga Malaysia yang dijadualkan pada tahun depan ditunda pada tahun berikutnya.

“Dasar penswastaan Liga Super dan Liga Perdana tersebut tidak seharusnya dilihat pada aspek penyelesaian pembayaran gaji semata-mata,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori