Menerusi ruangan mikro Twitternya, Ustaz Fathul Bari yang juga Ahli Exco Pemuda UMNO menegur gaya bahasa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang seolah-olah ingin melaga-lagakannya dengan kaum Cina.
Lim didakwa melakukan tindakan demikian dalam kenyataan balasnya terhadap Fathul apabila Fathul bertanyakannya tentang khabar angin bahawa restoran nasi kandar Line Clear bakal ditutup.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP kemudiannya membalas tweet tersebut dengan berkata, Fathul menfitnahnya dengan tuduhan tersebut kerana dia merupakan seorang Cina.
Lantas, Fathul Bari membalas tweet tersebut dengan berkata bahawa kenyataan Lim seolah-olah ingin melaga-lagakan beliau dengan masyarakat Cina.
Tulis Fathul, “Saya tiada masalah dengan bangsa Cina. Kawan-kawan saya ramai Cina. Kami saling hormat-menghormati. YAB jangan lagakan saya dengan bangsa Cina.”
Dalam pada itu, menerusi ruangan sosial sama, Fathul turut berkata, restoran tersebut dikhabarkan bakal ditutup pada 1 Januari 2015 setelah telah beroperasi selama 65 tahun. – MYNEWSHUB.CC
Pendapat Ustaz Fathul Bari Tentang Wanita Berpurdah Menyertai DAP