Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 Turun...

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 turun lapan sen seliter kepada RM2.41 seliter...

Bank Islam Agih RM1j...

KUALA TERENGGANU - Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mengagihkan RM1 juta daripada zakat...

“Mama, Bangunlah…” Kanak-Kanak Kejut...

KUANTAN - "Mama, bangunlah...ramai orang datang rumah kita," kata Nur Adni Afeera Shahrul...

Zuraida Hairan Kenapa Kumpul...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin hairan mengapa tandatangan pemimpin PKR...

Lima Berjaya Lolos, Insiden Tebusan Di Sydney

Sehingga kini, lima orang tebusan berjaya melepaskan diri daripada terus menjadi tawanan seorang lelaki bersenjata dalam sebuah kafe di ibu kota Sydney, Australia sejak awal pagi tadi.

Timbalan Pesuruhjaya Polis New South Wales Catherine Burn berkara mereka melarikan diri melalui pintu belakang kafe berkenaan yang lokasinya terletak di Martin Place.

“Kami akan mendapatkan maklumat dari mereka (yang melepaskan diri) untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku,” katanya memetik laporan AFP.

MENARIK – Insiden Tebusan Di Sydney Perlu Jadi Iktibar – KPN

SELAMAT... Seorang daripada tebusan berjaya melarikan diri ke perlindungan pasukan polis di Sydney, Australia
SELAMAT… Seorang daripada tebusan berjaya melarikan diri ke perlindungan pasukan polis di Sydney, Australia

Selepas kumpulan pertama seramai tiga orang, kemudian dua orang lagi muncul tidak lama selepas itu.

Sekumpulan tawanan diberitakan telah dijadikan tawanan oleh sekumpulan penculik bersenjata dalam insiden itu.

Menurut seorang saksi, dia terlihat satu bendera hitam putih dengan tulisan Arab dikibarkan dari tingkap kafe berkenaan.

SydneyTebusan_3

Martin Place, merupakan sebuah kawasan tumpuan perniagaan yang sibuk di Sydney.

Kini anggota polis dilihat sedang mengepung sekeliling kawasan Lindt Chocolate Cafe itu.


Laporan AFP juga ada melaporkan bahawa sekurang-kurangnya ada 20 orang di dalam kafe berkenaan.

“Kami meluru ke tingkap dan melihat sekumpulan orang mengangkat tangan berdekatan tingkap kaca.

“Ia sungguh luar biasa,” kata seorang penerbit saluran Australian Broadcasting Corporation (ABC) memaklumkan.

http://youtu.be/lT04d9HZkwY

Sementara itu polis mengesahkan krisis tebusan itu membabitkan seorang lelaki bersenjata manakala jumlah mereka yang ditahan belum dapat disahkan.

Menurut laporan Twitter Straits Times Foreign Desk lelaki bersenjata itu mendakwa terdapat dua bom di dalam cafe berkenaan dan lelaki itu mahu bertemu dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori