Sudah jadi lumrah bagi sesetengah peniaga online menyertakan free gift bagi setiap barangan yang dibeli oleh pelanggan mereka.
Selain sebagai penghargaan, ia juga cara untuk memikat hati pelanggan agar terus setia membeli bersama mereka pada masa depan.
Bagaimanapun, kami tergelak besar membaca screenshot perbualan antara seorang peniaga online dan pelanggannya menerusi akaun Facebook Afifi Saidin.
Si pelanggan yang membahasakan dirinya sebagai ‘Akak’ dilihat tidak puas hati dengan free gift diterimanya iaitu celak mata yang dianggap tidak berbaloi berbanding harga barangan dibeli.
Namun, peniaga tersebut menjelaskan dengan baik, dia hanya mampu memberikan celak tersebut sebagai hadiah.
Rupa-rupanya, Akak tersebut juga seorang peniaga online.
Mungkin berasakan dia ‘otai’ dalam berniaga, si Akak kemudiannya ‘mengajar’ peniaga itu supaya menunaikan apa sahaja free gift yang diminta pelanggan kalau nak bisnes berjaya.
Bagaimanapun, dia akhirnya termalu sendiri apabila peniaga itu mengenakannya semula:
Haha! Itulah Akak… nasihatkan orang bukan main, padahal diri sendiri sebenarnya yang berkira.
Kalau semua pelanggan macam ni, alamat melingkuplah peniaga.
Nama pun free gift.. banyak lak cekadaknya. Bersyukurlah orang nak bagi kan?
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ELZA