KUALA LUMPUR – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bersedia menjadi hab latihan kepimpinan pencegahan rasuah bagi rantau Asia Tenggara.
Pengarah MACA, Datuk Wahab Abdul Aziz berkata, komitmen itu berikutan MACA menerima banyak permintaan pihak luar untuk menyediakan latihan dan kursus pencegahan rasuah kepada mereka.
“Kami akan membuat perancangan bagi memenuhi keperluan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh SPRM hari ini.
Wahab seterusnya berkata, MACA akan melaksanakan penambahbaikan sebagai persediaan menganjurkan latihan atau kursus di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, MACA telah menjadi pusat latihan pencegahan rasuah kepada ramai pegawai kerajaan serta swasta dari dalam dan antarabangsa.
Katanya, dari Januari hingga November 2014, MACA telah melaksanakan 86 kursus yang disertai 4,113 peserta temasuk 228 dari luar negara.
“Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkenaan Dadah dan Jenayah (UNODC) mengiktiraf MACA antara 23 kejayaan dan amalan baik pencegahan rasuah di Malaysia.