Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kelantan Umum Bantuan Khas...

KOTA BHARU : Kelantan mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri bernilai RM1,000 kepada kakitangan...

TH, Bank Islam Serah...

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menerima zakat...

Lakukan Genosid Di Gaza,...

WASHINGTON - Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan...

Saran Korporat Beri Sumbangan...

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka menggesa pengusaha atau pemilik industri di negeri berkenaan...

Mahu Isu Tamat, Fazura Doakan Sara Ali Terus Berjaya

Jika semalam, Sara Ali memohon agar media tidak lagi mencanangkan kisah kedinginan hubungannya dengan aktres Nur Fazura Sharifuddin, hari ini, Fazura dalam kenyataannya kepada portal murai.com bertindak serupa.

Menerusi pesanan di aplikasi Whatsapp, pelakon yang kini sedang bercuti di Bangkok itu berkata, dia terkejut dengan kenyataan Sara Ali yang diterbitkan sebuah akhbar tempatan pada Khamis, namun enggan lagi memanjangkan isu tersebut.

Saya ambil maklum serta meneliti maksud yang cuba disampaikan menerusi kenyataan Sara kepada media khususnya yang bertarikh semalam, 25 Disember. Apa yang boleh saya cadangkan agar Sara menonton sendiri episod tersebut.”

Ulas Fazura lagi, andai Sara tidak menonton dan memahami tema penceritaan dalam episod kedua program realitinya, Facing Up To Fazura yang berkisar tentang persahabatan, pelakon Maaf Jika Aku Tak Sempurna itu sukar untuk menerima tujuan sebenar episod berkenaan ditampilkan sedemikian rupa.

Saya tiada niat tidak baik terhadap Sara dan agak keliru dengan dakwaan yang dikemukakannya dalam media. Oleh itu saya sekali lagi menyarankan Sara untuk menonton FUTF.


Akhir sekali, saya ingin mendoakan agar Sara Ali akan terus berjaya.” – MYNEWSHUB.CC

Saat-saat Fazura dan Sara Ali tengah fren gila-gila…

Fazura Tepis Gosip Bercium Di KLIA, Anggap Ia Satu Fitnah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori