Dalam keadaan bencana banjir melanda beberapa negeri saat ini, seharusnya kita simpati dengan nasib malang yang menimpa para mangsa.
Kerugian harta benda, terputus hubungan komunikasi dan bekalan makanan, antara derita yang terpaksa mereka tempuhi.
Selain itu, keselamatan ahli keluarga turut menggusarkan hati mangsa banjir khususnya di kawasan yang belum menampakkan tanda-tanda akan reda.
Bagaimanapun, masih ada juga manusia yang begitu keras hatinya hingga tak mahu bertolak-ansur terhadap mereka yang sedang dalam kesusahan.
Sebagai bukti, satu screenshot perbualan Whatsapp seorang majikan memaksa pekerjanya yang sedang berhadapan dengan bencana banjir supaya kembali ke pejabat kini mula viral di laman sosial.
Biarpun pekerja itu sudah memaklumkan dia masih berada di kampung dan kawasan itu telah dinaiki air, majikannya tidak mahu menerima alasan tersebut.
Sebaliknya, dia mengugut untuk memberhentikan pekerja itu jika tidak kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
Alahai, siapalah yang sanggup meninggalkan keluarga dalam keadaan genting seperti itu?
Mungkin majikannya tak pernah berasa susah berhadapan dengan bencana banjir, tapi jangan sampai terkena batang hidung sendiri baru nak sedar ya.. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO PEKERJA MENGAMUK DIBERHENTIKAN KERJA
Oleh : ELZA