Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Usung Jenazah, Alif...

AGAK lama kita tidak mendengar khabar berita pelakon dan pengacara terkenal ini tetapi...

Hukum Menggantung Gambar Fotografi...

SOALANAssalamualaikum mufti. Saya nak buat pertanyaan. Apakah hukum mengambil gambar fotografi manusia dan...

Dapat Jemputan Kahwin TTA,...

BELUM sempat menghadiri majlis perkahwinan Tunku Tun Aminah, pemuda ini telah menemui ajal...

Siapa Sebenarnya Gadis JPJ...

MENJADI perbualan hangat di laman sosial terutamanya Facebook dan Twitter berkenaan gambar seorang...

Peluang Cerah Menang Kategori MT Di YAC 2014

KONTINJEN Yamaha Malaysia berpeluang cerah untuk meraih kemenangan dalam kategori MT selepas dua pelumba, Mohd Affendi Rosli dan Mohd Izzat Zaidi Salehan muncul pelumba terpantas pada sesi kelayakan dalam saingan Yamaha Asean Cup (YAC) yang berlangsung di Litar Sentul, Indonesia, hari ini.

Affendi yang juga merupakan ketua pasukan kategori tersebut bakal bermula dari petak pertama setelah muncul pelumba tunggal melakukan catatan di bawah 1 minit 57 saat iaitu dengan masa 1:56.630s manakala Izzat kedua dengan masa 1:57.056s.

Mohd Azam Omar turut cemerlang dengan masa 1:57.814s untuk berada di petak kelima manakala Kasma Daniel Kasmayudin di petak ke-13 dengan masa 1:58.941s.

“Dari awal saya mempunyai keyakinan untuk berada di petak pertama namun tidak menyangka dapat melakukan catatan terbaik ini. Saya gembira dengan aksi yang ditunjukkan hari ini,” jelas Affendi.

Mengulas lanjut, Affendi berkata, “Saya tidak meletak sasaran individu pada perlumbaan akhir esok sebaliknya mahu rakan sepasukan untuk berada rapat dengan saya.

“Strategi berpasukan amat penting jika kami mahu mengumpul seberapa banyak mata untuk membantu kontinjen Yamaha Malaysia memenangi gelaran keseluruhan buat pertama kali sepanjang 11 edisi kejuaraan ini,” jelas Affendi lagi.

Dalam saingan ST150, Ahmad Syukran Aizat beraksi cemerlang setelah mencatat masa kedua terpantas, 2:02.659s manakala Mod Adib Rosley bakal bermula dari barisan kedua setelah mencatat masa kelima terpantas 2:03.466s.

Pelumba tuan rumah, Rheza Danica mencatat masa terpantas, 2:02.304s.

Sementara itu kecederaan tangan menghalang aksi Ahmad Fazli Sham apabila sekadar berada di petak ke-14 dengan masa 2:05.587s manakala Tengku Amirul Haffirudin di petak ke-15 dengan masa 2:05.858s.


Sementara itu, Mohd Emir Firdaus Hasan yang tidak dapat beraksi pada sesi latihan bebas, semalam kembali ke litar pada saingan kelayakan ST250 dan berjaya muncul pelumba terbaik negara dengan catatan masa ketiga terpantas, 1:59.849s.

Tiga lagi pelumba negara, Mohd Haiekal Akmal Zakaria di kedudukan ke-10 dengan masa 2:02.748s, Mohd Taufik Roslan ke-13, 2:04.569s dan Ahmad Afif Amran ke-14, 2:04.958s

Osaki Nobuyuki dari Jepun muncul pelumba terpantas dengan masa 1:58.051s.

Keputusan Kelayakan

Kategori MT
1. Mohd Affendi Rosli (MAS)
2. Mohd Izzat Zaidi Salehan (MAS)
3. Doohan Akbaruzaman (INA) 1:57.185s
5. Mohd Azam Omar (MAS) 1:57.814s 13. Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) 1:58.941s.

ST150
1. Rheza Danica (INA) 2:02.304s
2. Ahmad Syukran Aizat (MAS) 2:02.659s
3. Handy Tuahtu (INA) 2:02.753s
5: Mohd Adib Rosley (MAS) 2:03.466s
14. Ahmad Fazli Sham (MAS) 2:05.587s
15. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) 2:05.858s

ST250
1. Osaki Nobuyuki (JPN) 1:58.051s
2. Rey Ratukore (INA) 1:59.314s
3. Mohd Emir Firdaus Hasan (MAS) 1:59.849s
10. Mohd Haiekal Akmal Zakaria (MAS) 2:02.748s
13. Mohd Taufik Roslan (MAS) 2:04.569s
14. Ahmad Afif Amran (MAS) 2:04.958s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori