Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Coleman Bintang Pecut AS...

HEBAT... Christian Coleman yang merupakan anak kelahiran Atlanta, Amerika Syarikat (AS) tampil sebagai...

Pemakaian Pelitup Muka Masih...

PETALING JAYA- Orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup...

Anggota UMNO Sabah Diingatkan...

SANDAKAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan anggota...

Lebih 100,000 Pelancong China,...

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod...

Malindo Air Berhasrat Lancar Penerbangan Ke Nepal

MALINDO Air Malaysia berhasrat untuk melancarkan penerbangan ke ibu negara Nepal, Kathmandu mulai 18 Januari tahun depan.

Syarikat penerbangan itu telah meminta kebenaran rasmi daripada kerajaan Nepal untuk mengendalikan laluan Kuala Lumpur-Kathmandu dengan pesawat Boeing 737, menurut para pegawai di Kementerian Pelancongan dan Penerbangan Awam Nepal.

Proses untuk memberikan kebenaran sedang dilaksanakan, kata BK Shrestha daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN).

Jika dibenarkan, Malindo Air akan menjadi syarikat penerbangan Malaysia yang ketiga, selepas Malaysia Airlines dan AirAsia, menyediakan laluan Kuala Lumpur-Kathmandu, yang merupakan satu daripada sektor paling menguntungkan dalam beberapa tahun ini dengan peningkatan mendadak jumlah pekerja asing Nepal di Malaysia.

Para pegawai berkata pelancong sering perlu menunggu lama untuk mendapatkan tiket bagi laluan Kuala Lumpur-Kathmandu, dan pelancaran penerbangan Malindo Airlines ke Kathmandu akan memudahkan urusan tersebut.

Ketika ini, Malaysia Airlines mengendalikan dua penerbangan sehari, manakala Air Asia mengendalikan 11 penerbangan seminggu.


Malaysia dan Nepal telah memeterai Perjanjian Perkhidmatan Udara yang membenarkan 27 penerbangan seminggu antara kedua-dua negara dengan tujuh penerbangan mingguan tambahan di bawah skim permit operasi sementara untuk menampung permintaan yang meningkat.

Memandangkan kuota 27 penerbangan seminggu di bawah perjanjian perkhidmatan udara sedia ada hampir habis digunakan, Malaysia dan Nepal bersedia untuk mengkaji semula perjanjian itu yang kemungkinan pada minggu pertama Januari depan, menurut para pegawai kementerian.

Nepal telah mencadangkan kepada Malaysia untuk membenarkan sekurang-kurangnya 42 penerbangan seminggu di laluan Kuala Lumpur-Kathmandu.

Malaysia merupakan destinasi nombor satu bagi pekerja asing Nepal. Sejumlah 156,770 pekerja asing Nepal mengunjungi Malaysia pada tahun lepas sahaja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori