TIDAK dapat kami bayangkan betapa sukarnya keadaan yang harus dilalui lebih 58,000 penduduk di beberapa negeri akibat banjir teruk yang melanda kini.
Bukan sahaja kehilangan harta benda, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan risiko lemas akibat arus deras.
Seorang mangsa di Kelantan, Wan Yusof Wan Jeffery telah berkongsi detik cemasnya ketika dihanyutkan air sewaktu meredah banjir menerusi akaun Facebooknya, beberapa hari lalu.
Menurutnya, ketika kejadian, dia sudah berjalan hampir 500 meter menuju ke kedai di Rantau Panjang.
Bagaimanapun, arus dirasakan semakin deras dan dirinya terasa hampir rebah.
“Saya melihat ke depan. Hanya 20 meter sahaja lagi untuk sampai ke tempat yang arus perlahan. Saya menguatkan semangat.
Tapi kaki terasa sedikit goyah. Rasa ingin rebah. Saya memperbetulkan niat. Saya ingin membantu ayah saya. Kalau apa-apa terjadi insyaAllah niat saya betul.
“Undur…jangan datang sini..arus kuat†laung saya pada adik saya.
Saya cuba melangkah dan kali ini…
“Tolong…tolong!!â€Â
Saya tergelincir. Saya hanyut dibawa arus.
Tiba-tiba saya terasa ditarik masuk ke dalam lubang. Saya sempat berpaut pada birai lubang berkenaan. Cuba bertahan.
Tarikan makin kuat. Saya semakin lemah. Akhirnya saya biarkan diri saya disedut masuk.
Kini semuanya gelap gelita. Saya tenggelam dalam air.
“Rupanya beginilah saat kematian†saya memberitahu diri sendiri.
Saat itu saya menyediakan diri saya untuk mati. Saya mengucap dua kalimah syahadah.”
Dalam kekalutan itu, tiba-tiba terdetik di hati Wan Yusof bahawa manusia boleh terapung di permukaan air dan dia hanya perlu fokus untuk melakukannya.
Selepas beberapa percubaan, dia akhirnya berjaya dan hanya membiarkan dirinya dibawa arus kerana terlalu lemah.
“Saya membuka mata. Tidak nampak jelas apa yang berlaku di sekeliling. Yang pasti saya bukan berada di tempat tadi.
Samar-samar kelihatan seperti ada pokok di hadapan. Saya mengangkat tangan cuba berpaut pada dahan.
Alhamdulillah pautan mengena. Saya menarik diri rapat ke batang pokok, cuba untuk memanjat ke atas dahan.
Ya Allah tak larat…
Badan saya sangat lemah.
“Rileks…fokus..ada sikit lagi tenaga yang belum digunakan†saya memberikan kata peransang kepada diri sendiri.
“Abang Yus…â€Â
“Abang Yus…â€Â
Saya dengar nama saya dipanggil. Tetapi saya biarkan dahulu panggilan itu tidak terjawab. Saya cuba memfokuskan diri untuk memanjat pokok. Jika tidak, saya akan dihanyutkan air.”
Dalam keadaan penat, rupa-rupanya berjaya Wan Yusof berjaya memeluk dahan pokok sebelum menyedari ada dua pemuda sedang berenang ke arahnya.
Salah seorang daripada mereka memberitahu dia sudah menghubungi pihak bomba untuk datang menyelamatkannya.
Bagaimanapun, penantian selama lebih sejam belum menampakkan tanda-tanda kehadiran pasukan penyelamat.
“Mana bomba ni..kata dah on the way…†pemuda yang dikenali dengan nama Mi tadi bertanya.
“Entahlah..†balas saya.
“Kamu boleh tinggal sini? Saya pergi depan sekejap†Mi bertanya.
“Ok..boleh†jawab saya ringkas.
Mi lantas terjun dan cuba berenang ke depan. Tiba-tiba dia kembali berpaut pada dahan pokok.
“Tak boleh pergi depan..arus kuat sangat…kalau lawan 5 minit sahaja boleh tahan†beritahu Mi.
Kami terus menanti bomba tiba. Sekali sekala terdengar bunyi bot menghampiri tapi tunggu punya tunggu tidak kunjung tiba.
Saya sudah kembali bertenaga. Namun untuk berenang tidak sama sekali. Saya melihat tangan saya. Ada sedikit calar.Kepala masih terasa pening akibat hantukan tadi.
“Saya pergi ke sana sekejap..ada rumah orang†Mi memberitahu.
Dia terus melompat ke dalam air banjir dan berenang menuju ke arah rumah itu. Saya hanya memerhatikan dari atas pokok.”
Mujurlah, Mi berjaya mendapatkan bantuan daripada salah seorang penduduk kampung berdekatan yang dikenali sebagai Pakcik Roni.
Wan Yusof kemudiannya diselamatkan oleh Pakcik Roni dengan membawanya menaiki sampan menuju ke rumahnya.
Ketika itu, paras air hanya tinggal sejengkal lagi untuk masuk ke rumah.
Bomba akhirnya sampai jam 6.30 petang dan mereka semua dibawa keluar dari kawasan tersebut.
“Kisah saya adalah antara kisah insan yang bertuah kerana diberi peluang untuk terus hidup. Pastinya ada tugas yang belum selesai yang perlu saya tunaikan yang insyaAllah akan saya usahakan,” tulisWan Yusof dalam catatannya.
Sememangnya kawasan Rantau Panjang sering dinaiki air, namun kenaikan air kali ini nyata di luar jangkaan penduduknya.
Banjir tahun ini juga dianggap terburuk dalam sejarah Kelantan dan mengakibatkan banyak harta benda termasuk rumah dan kenderaan rosak teruk.
Apa pun, sama-samalah kita hulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini bagi meringankan beban mereka.
Siapa tahu mungkin suatu hari nanti kita pula yang akan berhadapan dengan musibah sama… – MYNEWSHUB.CC
(Klik di sini untuk membaca status penuh)
https://www.youtube.com/watch?v=YjzZSatmNHQ
Oleh: ELZA