Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sejuta Tahun Lagi Bumi...

BEBERAPA tahun lalu, baju sejuk laris dijual pernah menjadi tajuk tumpuan menghiasi dada...

Muslifah, Ayuni Perlu Akur...

KUALA LUMPUR - Dua penembak elit negara, Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana...

Pejabat Simpan Resit, Kompaun...

Kuala Terengganu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan kebakaran...

10 Koperasi Terengganu Sertai...

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila...

Mangsa Banjir Dakwa Ada Peniaga Sengaja Naikkan Harga Barang

Sehingga kini, keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor masih menunjukkan peningkatan dengan jumlah mangsa semakin menghampiri 200,000 orang.

Tidak dapat dibayangkan betapa sukarnya hari-hari yang terpaksa dilalui oleh para mangsa khususnya mereka yang kehilangan seluruh harta benda dalam bencana itu.

Apa yang dikesalkan, ada khabar yang mengatakan terdapat peniaga yang mengambil kesempatan atas kesulitan yang dihadapi mangsa iaitu dengan menaikkan harga barang secara melampau.

Menerusi status Facebook Suhaimi Mansor, makanan seperti roti, mi segera dan air dijual dengan harga sehingga dua atau tiga kali ganda daripada harga asal.

Mangsa Banjir Dakwa Ada Peniaga Sengaja Naikkan Harga Barang

Ada juga mangsa yang memberitahu terdapat individu  yang menjual barang-barang bantuan yang diterima.

Mangsa Banjir Dakwa Ada Peniaga Sengaja Naikkan Harga Barang


Jika benarlah dakwaan ini, ia sama sekali tidak patut berlaku pada saat-saat genting seperti ini.

Sepatutnya kita berusaha untuk meringankan beban mangsa dan bukannya menambahkan lagi penderitaan mereka.

Saranan kami, jika berlaku perkara seperti ini, pastikan anda memaparkan sebarang bukti agar tindakan boleh diambil terhadap peniaga seperti ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori