Tuesday, December 17, 2024

Creating liberating content

Semua Tahfiz Tidak Berdaftar...

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup semua pusat tahfiz...

Bomba Lahad Datu Selamat...

LAHAD DATU - Tindakan pantas Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu memberi respons...

Vida Serius Mahu Belajar...

SEJAK bergelar seorang penyanyi, usahawan terkenal Datuk Seri Vida nampaknya semakin serius dalam...

Hua Yang Lancar Projek...

KUALA LUMPUR - Hua Yang Bhd. (Hua Yang) merancang untuk melancarkan projek pembangunan...

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 1,673

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,673 orang dari 424 keluarga pagi ini berbanding 480 orang malam tadi.
Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyatakan sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan di enam daerah.
Setakat ini, hanya daerah Dungun belum dilanda banjir.
Marang mencatat mangsa pemindahan paling ramai iaitu seramai 646 orang daripada 163 keluarga diikuti Kemaman 519 orang (122 keluarga), Setiu 416 orang (114 keluarga).
Lain-lain daerah iaitu Besut 16 orang (tiga keluarga), Hulu Terengganu 54 orang (18 keluarga) dan Kuala Terengganu 22 orang (5 keluarga).
Sebanyak 23 pusat pemindahan termasuk masjid, balai raya, dewan sivik, rumah pegawai ladang, bangunan sekolah dan surau dibuka iaitu tiga di Marang, Kemaman (9), Setiu (7), Hulu Terengganu (2) dan masing-masing satu dibuka di Kuala Terengganu dan Besut.
Sementara itu, keadaan cuaca di bandar ini mendung dan hujan sekali sekala. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori