Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Wisma Putra Sahkan Tiada...

WISMA Putra menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Sahur Terbantut Gara-Gara Lemang...

NIAT sepasang suami isteri dari Kuala Lumpur untuk bersahur terbantut apabila lemang yang...

MRSM Tan Sri Datuk...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhasrat mengabadikan nama Allahyarham Tan Sri...

Kerajaan Tidak Sedia Promosi...

KUALA LUMPUR - Sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak mempromosikan ideologi China di...

Mangsa Kencing Tikus Di Kedah Masih Kritikal

ALOR SETAR – Remaja lelaki yang dimasukkan ke hospital pada pagi Selasa lalu (23 Dis) akibat jangkitan leptospirosis atau penyakit kencing tikus masih berada dalam keadaan kritikal namun menunjukkan perkembangan positif.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan berkata Fahmi Abd Razak, 15, dari Kampung Kubu, Kuala Nerang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak dimasukkan pagi kelmarin akibat demam sejak lebih seminggu lepas.

“Dia masih dirawat di ICU dan masih berada dalam keadaan kritikal namun hasil rawatan dan pemantauan pakar perubatan di HSB mendapati keadaan beliau menunjukkan perkembangan yang positif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fahmi sebelum itu telah dibawa ke Hospital Kuala Nerang pada malam Isnin (22 Dis) kerana mata dia menjadi kuning dan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 2.30 pagi Selasa (23 Dis) sebelum dipercayai mengalami jangkitan kencing tikus berdasarkan ujian awal makmal HSB.


Difahamkan sebelum itu Fahmi dan beberapa rakannya telah pergi untuk mandi dan membasuh motosikal mereka di Sungai Perik, Kampung Perik, Kuala Nerang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori