Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gambar: Obses Dengan Pil...

GARA-GARA stres diejek gemuk oleh orang sekeliling, Amber Girling, 20, berasa terlalu rendah...

Bomba Selesai Bina 20...

ALOR GAJAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah selesai membina 20...

Malaysia Tewas Lagi 1-4...

BURIRAM – Kempen Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 berakhir dengan keputusan...

Terkini : 65 Maut...

TOKYO - Gelombang haba luar biasa di Jepun mengorbankan sekurang-kurangnya 65 orang sejak...

Mangsa Letupan Bom Di Gurun Masih Kritikal

ALOR SETAR – Seorang daripada dua mangsa yang cedera parah dalam kejadian letupan bom di Gurun dua hari lalu, yang sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani masih berada dalam keadaan kritikal.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Sharifah Azlina Hashim, 30, isteri kepada anggota tentera Ayob Hashim, 34, yang maut dalam kejadian itu masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sehingga pukul 10 pagi tadi, keadaan mangsa yang dirawat di ICU masih berada dalam keadaan kritikal, manakala jiran mangsa Zuraida Mat Rotebe, 30, dirawat di wad umum dan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Taman Mesra 2 pada pukul 4.45 petang Rabu lalu.

Selain Ayob, yang turut terkorban ialah anaknya Nur Idayu Syahirah, 8, dan anak jirannya Aqif Mohd Sharizal, 4,

Dilaporkan anak yang dikandung Sharifah Azlina, meninggal dalam perutnya akibat kejadian itu.


Kesan daripada letupan itu turut menyebabkan 40 buah rumah berhampiran terjejas termasuk 10 buah yang dilaporkan rosak teruk.

Dr Norhizan berkata jenazah Nur Idayu Syahirah dan Aqif, iaitu anak kepada Zuraida telah selesai menjalani prosedur forensik dan diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Sementara jenazah Ayob masih berada di hospital dan perlu melalui prosedur forensik.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori