Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

1,600 ‘Panda’ Curi Tumpuan...

KUALA LUMPUR - Kehadiran 1,600 'panda' di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di...

Padah Cuba Curi Duit...

SEORANG pencuri nampaknya tidak bernasib baik apabila cubaannya untuk mencuri wang milik `tugu...

PTPTN: Kem.Pendidikan Tiada Hasrat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan tidak berhasrat untuk menggunakan khidmat agensi pengutip hutang...

Sharnaaz Ahmad Sound Tepat...

KEWUJUDAN buku berjudul 99 Kata-Kata Fattah Amin ternyata menimbulkan amarah pelakon Sharnaaz atau...

Marah Kim Jong-un Dibunuh, Korea Utara Godam Sony

Ibu pejabat Sony Corporation sering menjadi sasaran serangan siber kumpulan penggodam antarabangsa yang tidak berpuas hati dengan firma multimedia gergasi Jepun itu. – Gambar hiasan

LOS ANGELES – Sekumpulan penceroboh dipercayai berjaya menggodam sistem pelayan pengeluar filem ternama antarabangsa, Sony di sini semalam sebagai membantah sebuah filem baharu memaparkan babak pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mati dibunuh.

Dalam satu mesej kepada jurnal hiburan popular, Variety dan akhbar perniagaan berpengaruh, The Wall Street Journal, kumpulan yang menggelarkan diri sebagai GOP atau Guardian of Peace itu mengaku bertanggung jawab ke atas serangan siber tersebut.

“Kami telah beri pesanan jelas kepada pihak pengurusan Sony Pictures tetapi mereka menolak tuntutan kami dan mahu menayangkan filem propaganda Amerika Syarikat (AS) itu mulai Krismas nanti,” kata mesej GOP menerusi bahasa Inggeris dalam pelat Korea.

Pemerintah Korea Utara kelmarin menafikan penglibatan negara itu menggodam rangkaian pelayan Sony namun memuji ‘usaha murni’ GOP sebagai patriotik bagi memprotes filem komedi politik, The Interview yang mengandungi plot ejen CIA membunuh Jong-un.

Filem arahan Seth Rogen yang turut berlakon sebagai wartawan dan dilatih menjadi perisik bagi misi menembak Jong-un lakonan bintang komedi AS keturunan Korea Selatan, Randall Park itu membangkitkan kemarahan Pyongyang dan memberi amaran akan bertindak balas.


Jurucakap Sony berkata, pihaknya meragui kesahihan mesej ancaman itu kerana ia isu biasa setiap kali filem baharu bakal ditayangkan namun mengesahkan bahagian permainan hiburan Sony, Playstation Network digodam selama dua jam kelmarin oleh GOP.

Akhir bulan lalu, sistem rekod beberapa filem keluaran Sony yang bakal ditayangkan di pawagam AS turut digodam antaranya Fury, Annie, Mr. Turner dan To Write Love on Her Arm sehingga Biro Siasatan Persekutuan (FBI) terpaksa campur tangan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori