Kalau difikirkan balik, program realiti TV di Malaysia memang tak dapat lari dari ‘drama-drama’ yang dicipta dan ditulis dahulu dalam skrip dan kemudiannya direkodkan.
Kalau dahulu, rancangan nyanyian Akademi Fantasia selalu dikecam kerana terlalu banyak sogokkan ‘lakonan’ antara pelajar-pelajarnya. Sebagai contoh, setiap musim, pastinya akan ada pelajar yang digosipkan bercinta, tertekan sampai menangis beriya-iya dan macam-macam lagilah!
Kini, ‘penyakit’ itu telah berjangkit pula dengan rancangan nyanyian di TV3, Mentor Legend. Pastinya, siapa lagi yang kerap menjadi topik utama semenjak Mentor Legend bermula kalau tak bukan penyanyi dangdut popular, Mas Idayu.
Beberapa minggu lalu dalam episod uji bakat pertandingan tersebut, Mas Idayu ‘naik hantu’ setelah salah seorang peserta yang mencuba nasib, bertekak dengannya kerana gagal untuk terpilih.
Sampai satu tahap, Mas Idayu menjerit dan menyuruh individu tersebut untuk keluar dari bilik uji bakat itu kerana lelaki itu mengkritik kredibilitinya sebagai salah seorang penyanyi yang dipilih menjadi mentor.
Terbaru, Mas Idayu sekali lagi menimbulkan sensasi apabila apabila dia gagal mengawal emosinya ketika membuat pemilihan protege pada konsert terbaru.
https://www.youtube.com/watch?v=1kvvmRCZyKQ
Kisahnya, Mas Idayu yang ketika itu sedang membuat penilaian untuk memilih seorang protege dari dua orang calon, gagal membuat keputusan kerana kedua-dua individu tersebut memiliki kelunakkan suara.
Kemudian, penyanyi itu memutuskan untuk memilih kedua-duanya. Namun, dia tidak boleh melakukan tindakan tersebut kerana konsep program itu hanya membenarkan mentor untuk melatih seorang protege sahaja.
Mas Idayu yang kelihatan runsing terus berjalan pergi dari kerusi mentor selepas itu.
Walaupun dia menidakkan tindakan tersebut sebagai ‘drama’, namun ramai peminat dan penonton yang meninggalkan komen di ruangan Facebook, memberi maklum balas negatif atas sikapnya itu.
Ujar mereka, ia merupakan taktik lapuk dalam penerbitan rancangan sedemikian bagi menghangatkan suasana dan mewujudkan drama!
Rasanya, kalau betul dakwaan penonton bahawa ia merupakan ‘kekecohan’ yang sengaja dibuat-buat, maka ia seharusnya dihentikan atau dikurangkan kerana konsep rancangan bukanlah hendak mencari pelakon, tapi penyanyi, kan? – MYNEWSHUB.CC