Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Video: Dua Kumpulan Gangster...

RAMADAN kali ini nampaknya negara banyak disajikan dengan cerita-cerita panas mengenai pergaduhan.Kami yakin...

GAMBAR: Perempuan Peluk Ex-Boyfriend...

Kisah berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia pada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan...

Pekerja Kedai Permainan Video...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai permainan video dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah...

Janet Jackson Bercerai Selepas...

LONDON - Bintang terkenal Amerika Syarikat (AS), Janet Jackson, kakak penyanyi terkenal dunia,...

Matawang Terlalu Kuat, Swiss Lancar Faedah Negatif %

GENEVA – Buat julung kali dalam sejarah dunia, bank pusat Switzerland, Schweizerische National Bank (SNB) semalam melancarkan kadar faedah negatif dalam usaha menyekat mata wang tempatan Swiss franc daripada menjadi terlalu kuat di pasaran global.

Pengumuman secara mengejut yang sebenarnya sudah dijangka ramai penganalisis ekonomi dunia akan berkuat kuasa 22 Januari depan dengan kadar faedah -0.25 peratus untuk beberapa simpanan tunai bank supaya mata wang negara itu tidak terlalu teguh.

“Swiss franc alami tekanan naik sepanjang masa hingga capai kadar satu nisbah satu dengan euro yang digunakan 22 negara Eropah, namun krisis rouble Rusia bulan lalu memburukkan lagi situasi,” kata pengerusi lembaga gabenor SNB, Thomas Jordan.

Beliau tidak menolak kemungkinan SNB sedia membeli banyak mata wang asing dalam kuantiti tanpa had bagi menstabilkan semula franc dan pernah berbuat demikian pada 2012 ketika krisis Eurozone dengan berbelanja 188 bilion franc bagi membeli euro.


Rouble semalam jatuh paling rendah dalam sejarah apabila mencecah 80 nisbah AS$1 dan 100 nisbah 1 euro disebabkan kemerosotan harga minyak di pasaran namun ia menjadi berita gembira buat rakyat Rusia berbelanja besar membeli pelbagai barangan pengguna.

Media antarabangsa baru-baru ini melaporkan jutaan rakyat Rusia bergegas merebut peluang membeli banyak barang elektronik berharga mahal seperti set TV skrin rata apabila kelemahan rouble mengakibatkan produk Rusia menjadi terlalu murah di pasaran global.

Kes hampir sama turut menimpa mata wang ringgit Malaysia apabila nilainya jatuh paling teruk dalam tempoh kurang setahun berbanding jirannya dollar Singapura tetapi situasi itu menjadi berita buruk kepada republik tersebut walaupun kuasa beli rakyatnya naik.

Stesen tempatan Singapura melaporkan ramai peniaga di pulau itu merungut kerana premis mereka ‘lengang’ pelanggan dari Malaysia malah KDNK republik itu diramal jatuh teruk kepada 3 peratus berbanding Malaysia pula diunjur naik menjadi 6 peratus. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori