Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba...

MUNGKIN ramai kalangan kita masih ingat bagaimana pernah dalam satu ceramah politik, Anwar...

Brad Pitt, Angelina Jolie...

WALAUPUN prosedur perceraian pelakon antarabangsa Brad Pitt, 52, dan Angelina Jolie, 41, masih belum...

Pasangan Pengantin Paling Tua...

LONDON - Tiada masa khusus yang boleh dianggap terlalu lambat untuk berkahwin. Senang...

Sofi Jikan Mengaku Tidak...

PELAKON, Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan...

Maut Selepas Paip Kaca Yang Pecah Dikeluar Dari Alat Sulit

Florida – Seorang wanita, April Rollison, 31, meninggal dunia selepas seminggu paip kaca dan botol yang pecah, mengandungi kokain dikeluarkan daripada alat sulitnya di sebuah hospital di sini.

Paip kaca dan botol mengandungi dadah itu ditemui di dalam alat sulitnya ketika imbasan badan dijalankan di penjara.

Dia yang merupakan penagih dadah sejak 20 tahun lalu kemudiannya dibawa ke hospital dan pasukan perubatan berjaya membuang paip kaca dan botol yang pecah itu dalam alat sulitnya.

Rollison juga dibenarkan pulang ke penjara.

Namun dia dikejarkan semula ke pusat perubatan berkenaan selepas jatuh sakit dan meninggal dunia beberapa hari kemudian.


Siasatan awal mendapati Rollison memecahkan botol kaca di dalam alat sulitnya itu dan menelan dadah berkenaan ketika dia ditinggalkan seketika oleh jururawat di dalam tandas.

Laporan awal mengesahkan Rollison positif kokain dan ganja namun bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematiannya.

Botol kaca itu mengandungi 2 gram kokain.

Rollison, yang berasal dari Sebring, ditangkap atas tiga tuduhan berkaitan dengan dadah pada 16 Disember lalu.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori