Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Sihat, Mahu BN...

SUNGAI BESAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang...

Tindakan 3 ADUN Lompat...

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional(BN) Johor menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri...

Ritual Ayam Belanda Berarak...

VIDEO sekumpulan ayam belanda mengelilingi bangkai seekor kucing tular menerusi laman mikro Twitter....

Pekerja Penghantar Makanan Kantoi...

TIDAK sedar dirinya dirakam, seorang penghantar makanan syarikat Zomato dipecat selepas rakamannya makan...

Mawi Banyak Baca Buku Sejak Bergelar Pengacara

PETALING JAYA – Penyanyi Mawi mengakui semakin selesa bergelar pengacara program bual bicara berjudul Seindah Kata yang disiarkan di Capital TV sejak 12 November lalu.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 33, berkata, sejak mengendalikan program itu dia kini lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca terutamanya berkaitan topik yang dibincangkan menerusi rancangan berdurasi setengah jam itu.

“Alhamdulillah biarpun pada awalnya agak kekok tetapi saya semakin seronok bergelar pengacara kerana ia banyak mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih fokus dan berpengetahuan.

“Untuk tujuan itu juga saya kini lebih banyak membaca pelbagai jenis buku termasuk membuat carian maklumat di internet bagi menambahkan ilmu pengetahuan,” katanya kepada mStar Online.

Mawi turut mengendalikan Seindah Kata bersama penyanyi Hafiz Hamidun dan program berkenaan disiarkan setiap hari Rabi pada pukul 8.30 malam di Capital TV.

Dalam pada itu, selain mengacara, Mawi juga memberitahu dia kini turut sibuk dengan kerja-kerja penulisan lagu dan setakat ini telah mencipta enam buah lagu.


Jelas Mawi, mentornya, Datuk M.Nasir adalah individu yang banyak mendorongnya dalam menghasilkan lagu dan lirik selain memberi tunjuk ajar kepadanya.

“Apabila saya tiba-tiba mendapat melodi sesuatu lagu saya segera akan rakamkan bimbang terlupa dan selepas itu baharulah saya tulis lirik mengikut kesesuaian.

“Itu antara nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh M.Nasir dan Alhamdulillah kini saya sedang dalam proses mencipta bebeapa buah lagu lagi,” katanya.

Antara lagu yang mendapat sentuhan Mawi adalah Hijab, Ayah dan Al-Haq Yang Satu nyanyian bersama Datuk AC Mizal.

Sementara itu, Mawi berkata, biarpun kerjaya nyanyiannya kelihatan perlahan namun dia menjelaskan undangan nyanyian masih banyak selain sibuk menguruskan perniagaan bersama isterinya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori