Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bekalan Air Di Pulau...

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sentiasa berada...

Semua Anak Pergi Sekelip...

DUNGUN - “Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’...

Misi SAR Bot Katamaran:...

KOTA KINABALU - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa tragedi bot...

Najib Ucap Terima Kasih,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Mayat Kembung & Berulat Ditemui Dalam Longkang

Penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah longkang di Jalan Minyak Beku, Kampung Petani telah menggemparkan penduduk setempat, pagi tadi.

Mayat lelaki tersebut yang sudah dipenuhi ulat ditemui oleh pekerja kilang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.

Mangsa dipercayai merupakan warga asing yang berusia lingkungan 30-an.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui berpakaian singlet putih dan berseluar pendek paras lutut.

Tambahnya, keadaan mangsa juga sudah kembung dan dagu berulat dipercayai mati melebihi 48 jam namun tiada sebarang kecederaan atau kesan pergelutan pada mangsa ditemui.


Bagaimanapun, kes ini telah dibawa untuk pemeriksaan lanjut bagi mengesan bukti yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat tersebut.

“Pemeriksaan lanjut ditempat kejadian akan terus dijalankan Unit Forensik Muar, Johor bagi mengesan bukti lain berkaitan mangsa dan kejadian.

“Siasatan awal mendapati kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut akan terus dijalankan, ” ujar Din Ahmad. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori