Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

15 Maut Nahas Bas...

OUAGADOUGOU - Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 30 lagi cedera dalam nahas bas...

Wanita Maut Terjatuh Ketika...

BANGKOK - Polis Thailand menahan pelancong Britain berikutan kejadian seorang wanita maut terjatuh...

AirAsia ‘Tiru’ Kata-Kata Pujangga...

PENERBITAN coffee table book 99 Kata-Kata Fattah Amin nampaknya mencetuskan hype yang tersendiri...

El Nino: KADA Yakin...

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yakin pengeluaran beras di negeri...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung Di Sungai Perlis

KANGAR – Mayat seorang lelaki dipercayai warga emas ditemui terapung di Sungai Perlis, berdekatan simpang tiga Jalan Jubli Perak, di sini, petang tadi.

Mayat lelaki yang berbaju kemeja bercorak kotak-kotak dan berseluar panjang itu ditemui orang ramai kira-kira jam 4.30 petang, bersama sebuah beg dipercayai milik mangsa di sungai terbabit, berdekatan kawasan belakang pasar lama Kangar di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Superintendan Sabtu Md Ali, mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan yang sehingga kini belum dapat dipastikan identitinya.

Berdasarkan siasatan, katanya tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa, namun hasil maklumat orang ramai di sekitar tempat ini, rata-ratanya mendakwa sering ternampak lelaki itu mengutip barangan terbuang di kawasan ini.


“Kita percayai lelaki itu berketurunan Cina dan berusia lebih 60 tahun… mangsa mungkin tergelincir dan terjatuh ke sungai, lalu lemas berdasarkan kesan tanah yang ditemui pada selipar yang dipakainya.

“Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu dan kes kita klasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Mayat lelaki berkenaan kemudian dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kangar kira-kira sejam kemudian sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, untuk bedah siasat. – BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori