Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengerusi LTAT Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri...

Dewan Rakyat: Coldplay, Kerajaan...

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneliti untuk mewujudkan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan anti...

Baju Melayu Setaraf Lounge...

SHAH ALAM - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor menggesa Speaker Dewan...

Aik… Yatt Hamzah Failkan...

TERKEJUT kami mendengar khabar mengenai pelakon Yatt Hamzah yang dikatakan sudah memfailkan perceraian terhadap...

MCA Terima Sumbangan Hampir RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR – MCA hari ini menerima sumbangan dana dan pelbagai bentuk barangan bernilai hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Sumbangan itu diterima daripada 22 organisasi dan individu yang termasuk bekalan makanan, air mineral dan ubat-ubatan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau terharu dengan sokongan rakyat Malaysia itu.

Bencana banjir kini berlarutan ke minggu ketiga.

“Kita mohon lebih banyak sumbangan lebih-lebih lagi menjelang minggu depan apabila banjir mulai surut.

“Kita jangka lebih banyak bantuan diperlukan khasnya apabila mangsa banjir pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam sidang media di Wisma MCA di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan itu berkata petugas MCA akan menghantar bantuan, antara lain melalui jalan darat ke pusat-pusat penempatan sementara mangsa banjir.


Bantuan ke kawasan yang terputus hubungan akan dihantar menggunakan helikopter.

Dalam pada itu, Liow berkata MCA juga menubuhkan Pusat Operasi Pemulihan Banjir Pantai Timur yang beroperasi 24 jam bagi menyelaras bantuan dan perkhidmatan kepada mangsa banjir.

Sembilan pusat operasi juga dibuka iaitu lima di Kelantan, dan masing-masing dua di Terengganu dan Pahang.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata fasa kedua bantuan parti itu melibatkan pengagihan tilam, selimut dan lebih banyak keperluan asas.

“Empat trak akan bertolak ke Kelantan hari ini untuk kita hantar bantuan termasuk ubat-ubatan, ” tambahnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori