Meizu bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang telah diumumkan pada bulan lepas, iaitu Meizu MX4 Pro.
Ia dijangka memasuki pasaran Malaysia pada suku pertama 2015.
Meizu MX4 Pro membawakan beberapa penambahbaikan, termasuk sokongan pengimbas cap jari dan skrin pada resolusi 2K.
Spesifikasi lain adalah skrin bersaiz 5.5-inci, cip lapan teras Exynos 5430 daripada Samsung, kamera belakang 20.7-megapixel daripada Sony, dan memori 3GB RAM.
Berkongsi mengenai harganya, pihak Meizu mengatakan ia akan ditawarkan pada harga sekitar RM1400 untuk versi 16GB.
Beberapa peranti baru lain bakal diumumkan Meizu dalam masa terdekat, dan dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Di samping pengumuman mengenai MX4 Pro, Meizu turut berkongsi berita tentang beberapa kerjasama dijalin mereka termasuk dengan pihak Canonical dan Dell.
Bagi anda yang mungkin tertanya-tanya, MX4 Pro merupakan saingan terhadap iPhone6 disebabkan spesifikasinya yang agak setanding namun ditawarkan pada harga lebih murah.
Apa pendapat anda?
Sumber: Lowyat
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC