Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Sahkan Mayat Disimen...

MISTERI kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony...

Lagi Anak Biadap, Gadis...

Semalam baru sahaja Mynewshub.cc memaparkan kisah seorang anak lelaki yang mahukan bapanya membelikan...

Kek Ikan Bawal Ini...

JIKA sebelum ini kek hari lahir Neelofa mencetuskan viral gara-gara harganya yang cukup...

SEGERA: Polis Tahan 4...

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat guru dalam serbuan di Pulau Pinang dan...

Tersilap Tweet KLIA2 Banjir, Kit Siang Dapat Malu Besar

Ada saja cara yang digunakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memperlihatkan ‘kelemahan’ kerajaan Malaysia dan memalukan negara di mata dunia.

Tak hairanlah tanpa usul periksa, dia telah memuatnaik status di Twitter kononnya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) dilanda banjir, baru-baru ini.

Turut disebarkannya dalam tweet itu, pesawat Air Asia terpaksa menukar haluan pendaratan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor gara-gara kejadian tersebut.

Bagi menyedapkan lagi cerita, Kit Siang turut menyelar Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai yang dituduhnya bertanggungjawab dalam hal tersebut.

Bagaimanapun, tak lama selepas itu dia membuat posting baru di Twitter, memohon maaf sebab apa yang didakwanya sebelum itu tak benar sama sekali.

Menurutnya dia dapat maklumat salah daripada penumpang dan perubahan haluan pesawat yang dimaksudkannya dalam tweet sebelum itu, berpunca daripada cuaca buruk bukan sebab KLIA2 banjir!

Masalahnya takkanlah dah tua-tua pun nak kena ajar supaya sentiasa check dulu sebelum sebarkan cerita yang setakat didengar daripada orang lain, dah tu siap tuduh orang lain lagi macam-macam?

Inilah dimaksudkan pepatah, terlajak perahu boleh diundur tapi kalau terlajak kata, jadi bahan lawaklah jawabnya! Akibatnya, ‘screenshot’ fitnah Kit Siang jadi viral di laman sosial.

Disebabkan malu dan geram agaknya, Kit Siang kemudiannya memuatnaik status mengecam orang ramai yang mengutuk perlakuannya menyebarkan status fitnah itu.


Amboi, time dia fitnah orang.. benda tak betul pun dikutuknya habis-habisan tapi bila orang mengata sebab dia memang buat salah pandai lak nak marah?

kitsiangfitnah2

Kata Kit Siang lagi, orang yang mengecam perbuatannya itu nak cari publisiti murahan.

Ehhh, bukan dia ke yang gilakan publisiti sebab tak beragak-agak terus sebar berita ‘panas’  sebelum check kesahihannya? Dah malu nak cover la tu.. hiks.

Dah tua-tua pun… ermm. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=NyCncct2rF8

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori