Malang sememangnya tidak berbau. Tidak siapa mampu menolak ajal dan ketentuan Ilahi.
Seorang remaja lelaki maut dan rakannya cedera apabila motosikal yang ditunggang terbabas angkara dihimpit sebuah lori di Kilometer 20 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat Ulu Tiram, petang semalam.
Lebih parah, mangsa yang tidak dapat mengawal motosikal tersebut setelah dihimpit merempuh bahagian belakang sebuah lori pasir yang rosak di laluan kiri.
Sekaligus menyebabkan mangsa, Muhammad Safwan Omar, 18 maut di tempat kejadian akibat kecederan parah selepas merempuh lori 10 tan kira-kira 3.20 petang itu.
Rakan mangsa yang juga merupakan pembonceng, Mohammad Nazri Hamzah, 18 hanya mengalami cedera ringan.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, kedua-dua remaja itu dalam perjalanan dari Pasir Gudang menghala Kota Tinggi apabila motosikal ditunggang Muhammad Safwan hilang kawalan akibat dihimpit sebuah lori lain.
Beliau berkata, mangsa dipercayai berada di lorong tengah sebelum sebuah lori yang tidak dapat dikenal pasti menghimpit dari kanan ke kiri jalan menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang lori pasir berkenaan.
Ketika kejadian tersebut, mangsa dan rakannya menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ. – MYNEWSHUB.CC
VIDEO KEMALANGAN NGERI 2014
https://www.youtube.com/watch?v=SHT_SlPHdSE
Oleh : FARAH