Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PAS Akui Mohon Parlimen...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui telah memohon supaya Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud...

Warga Bangladesh Mati Dikelar...

SEREMBAN - Seorang lelaki warganegara Bangladesh ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah...

Solat Jumaat, Fardu Di...

KUALA LUMPUR - Solat Jumaat dan solat fardu di beberapa negeri yang kini...

12 Kes Baharu Covid-19,...

PUTRAJAYA - Sebanyak tujuh daripada 12 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) merupakan Kluster...

Salut.. Tak Ada Ijazah Tapi Menteri Paling Berjaya Di Indonesia

Walaupun tidak memiliki sebarang ijazah dan hanya tamat pengajian di peringkat sekolah menengah, namun Susi Pudjiastuti bukan calang-calang wanita.

Apa tidaknya, baru sahaja menyertai kabinet Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo, selama dua bulan, beliau dianggap menteri paling berjaya setakat ini.

Pada pengamatan Naib Presiden negara itu iaitu Jusuf Kalla, Susi berjaya membuktikan kemampuannya memimpin Kementerian Kelautan dan Perikanan melebihi pencapaian akademiknya.

Ujar beliau kepada pemberita Indonesia, “Keupayaan yang tak diduga oleh seorang menteri yang hanya tamat Sekolah Menengah Pertama (SMP).”

Dalam barisan menteri kabinet Jokowi, Susi merupakan satu-satunya menteri yang memiliki pencapaian akademik setakat SMP, namun beliau berjaya membuatkan ramai pihak gentar dengan formula kebijaksanaannya.


“Beliauƃā€šĆ‚Ā melakukan formula yang bijaksana dan tepat, hinggakan semua orang gentar.”

Tambah Jusuf, beliau pernah mengingatkan Jokowi tentang latar pendidikan Susiƃā€šĆ‚Ā sebelum wanita itu dilantik menjadi menteri. Jokowi bagaimana pun membalas, syarat kelayakan sebagai menteri hanya SMP, lantas Susi layak menduduki kerusi tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

https://www.youtube.com/watch?v=q_O1747LEXw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori