Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Mahathir Cadang Kerajaan...

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menurunkan kadar...

Kajian Perketat Akta Perlindungan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta...

AS Hantar Bantuan AS$10j...

NEW YORK - Amerika Syarikat (AS) menyalurkan bantuan bernilai AS$10 juta (RM36 juta)...

Banyak Kawasan Dimasuk Dalam...

IPOH - Lebih banyak kawasan akan dimasukkan di bawah badan Amanah Warisan Negara...

Mohd Fauzi Sumbang Emas Tunggal Skuad Pencak Silat

PALEMBANG – Bekas juara dunia Mohd Fauzi Khalid menepati ramalan setelah meraih sebutir pingat emas bagi pencak silat kategori 70kg-75kg Sukan Universiti Asean (AUG) ke-17 Palembang.

Mohd Fauzi berada dalam kelas tersendiri dengan membelasah pencabarnya Ahmad Firdaus dari Indonesia 5-0 pada final di gelanggang Graha Serbaguna hari ini.

Pingat gangsa dimenangi pesilat dari Singapura, Muhammad Khamal Ahmad.

Mohd Fauzi merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Palembang 2013 dan juga Laos pada 2012.

Pengurus pasukan Azli Puddin berkata secara keseluruhan beliau kecewa skuad pencak silat negara gagal mengulangi kejayaan dua tahun lepas di Laos dengan tiga pingat emas.


Azli berkata skuad pencak silat negara turut menghadapi kesukaran disebabkan masalah penganjur dan juga sikap berat sebelah wasit (juri) sepanjang kejohanan berlangsung.

“Secara keseluruhan saya memang tidak berpuas hati dengan pencapaian skuad pencak silat negara. Saya akan membuat post-mortem mengkaji kelemahan pasukan negara.

Pencak silat menutup tirai kejohanan dengan meraih sebutir pingat emas, empat pingat perak dan lima pingat gangsa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • silat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori