Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pasar Ayam Aman Jaya...

IPOH - Pembinaan Pasar Ayam Aman Jaya boleh disifatkan sebagai 'hadiah' daripada Kementerian...

21 Cawangan MIC Perlis...

KANGAR - Sebanyak 21 daripada 32 cawangan MIC di Perlis menyokong penuh pemangku...

Reman 2 Suspek Geng...

IPOH - Tempoh reman dua suspek dipercayai anggota kumpulan samun 'Geng Mamak' yang...

Pemilihan Pengerusi PAC Berdasarkan...

SHAH ALAM – Pertimbangan hanya nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengisi...

MP Bayan Baru Tak Puas Hati Hukuman Ke Atas Kontraktor

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin tidak berpuas hati dengan hukuman sebanyak RM50,000 dan RM30,000 yang dikenakan ke atas dua kontraktor Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Beliau mendakwa, hukuman itu tidak setimpal dengan kegagalan dua syarikat itu memastikan tahap keselamatan di tapak pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Saya kesal dengan hukuman Makhamah Session yang menjatuhkan hukuman ringan RM50,000 dan RM35,000 terhadap kontraktor Cergas Murni Sdn. Bhd. dan Giga Engineering and Construction Sdn.Bhd..

“Pada pendapat saya, hukuman tersebut sangat ringan dan tidak memberi keadilan yang setimpal ke atas mangsa insiden Tajuddin Zainal Abidin yang kehilangan nyawa. Keluarga ajuddin sekarang dalam keadaan susah akibat kehilangan suami dan ayah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Tze Tzin berharap pihak pendakwa raya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi mengenakan hukuman yang lebih setimpal di atas kesalahan tersebut.

Menurutnya, hukuman yang lebih berat adalah penting untuk memberi amaran kepada kontraktor-kontraktor agar melakukan kerja-kerja pembinaan secara serius.


Katanya, Kementerian Kerja Raya perlu menyenaraihitamkan syarikat-syarikat tersebut dan pengarah-pengarah syarikat berkenaan untuk selama-lamanya.

“Buat masa sekarang kementerian hanya menyenarai hitam syarikat itu selama enam bulan sahaja. Ini tidak memberi `deterrent’ yang mencukupi kepada kontraktor,” katanya.

Media semalam melaporkan, Mahkamah Sesyen Balik Pulau mendenda wakil Cergas Murni sebanyak RM50,000 dan pengarah Giga Engineering and Construction sebanyak RM35,000.

Kedua-dua mereka mengaku bersalah gagal memastikan tahap keselamatan di tapak pembinaan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Keruntuhan tanjakan yang terletak di bawah kedua-dua syarikat itu mengakibatkan kehilangan satu nyawa dan empat orang cedera.

  • Lagi berita berkaitan:
  • denda

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori