BEIJING – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Pengajian Antarabangsa Beijing (BFSU).
Anugerah itu diberikan bagi menghargai peranan beliau dalam bidang pendidikan.
Anugerah disampaikan oleh Presiden BFSU, Professor Peng Long sempena lawatan Muhyiddin ke BSFU.
Muhyiddin turut merasmikan Program Pengembangan Bahasa Melayu di Republik Rakyat China.
Beliau turut mengucapkan penghargaan yang tinggi kepada BFSU dan pemerintah China yang bermurah hati mengurniakan ijazah kehormat berkenaan.
“Saya dengan rendah hati menerima kurniaan ini dan menyambutnya sebagai tanda persahabatan antara dua negara sahabat,” katanya.
Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin; Pengarah Pusat Pengajian Melayu China BFSU, Professor Wu Zong Yu dan Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Awang Sariyan. – BH Online