PENGKALAN CHEPA – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, sebentar tadi.
Beliau seterusnya akan mendengar taklimat banjir Kelantan oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim.
Beliau seterusnya akan ke Depoh Bekalan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat dan meninjau pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. – BH Online