Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘B*bi! Kau Tikam Mak...

MARAN - Seorang wanita warga emas cedera selepas ditikam anaknya sendiri gara-gara tidak...

Paip Pecah Punca Gangguan...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Jalan Ipoh mengalami gangguan bekalan air sementara,...

Nahas Duke: PAS Mahu...

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta Myvi yang terlibat dalam perlumbaan haram di Lebuh...

Pengarah Sukan JDT Kritik...

KUALA LUMPUR - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengkritik penganjuran pertandingan...

Myanmar Tahan Warga NZ Kreatif Hina Simbol Buddha

Dasar pintu terbuka Myanmar menyaksikan ramai pelabur asing datang meneroka peluang perniagaan termasuk bar dan kelab malam namun mereka juga perlu peka dengan sensitiviti masyarakat tempatan. – Gambar hiasan

YANGON – Gara-gara terlalu kreatif, seorang pengurus bar warga New Zealand dan dua lagi rakan kongsinya rakyat tempatan ditahan polis Myanmar semalam sebelum dihadapkan ke sebuah mahkamah daerah di sini hari ini hanya kerana menghina simbol dewa Buddha.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, Philip Blackwood, 32, bersama Tun Thurein, 40, dan Htut Ko Ko Lwin, 26, dicekup pada Rabu manakala premis V Gastro yang mereka usahakan di kawasan elit pelbagai kedutaan asing diarah tutup berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap polis berkata, tindakan tegas tersebut susulan aduan wakil Jabatan Hal Ehwal Keagamaan Myanmar yang mendapati bar dan juga kelab malam itu menyiarkan iklan Buddha memakai fon telinga DJ menjual minuman keras murah malam minggu ini.

“Menurut kenyataan Philip, mereka cuba mempromosikan bar itu namun penganut Buddha tidak dapat menerima konsep iklan itu kerana ini menghina agama, maka kami buka kes ini mengikut Akta Agama,” kata Leftenan Kolonel Thien Win kepada AFP.


Di bawah akta tersebut, sesiapa yang didapati menghina, memusnah atau merosakkan sebarang simbol agama, boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga dua tahun manakala tambahan dua tahun lagi penjara jika penghinaan itu dibuat pula secara bentuk bertulis.

Sekumpulan kecil penduduk tempatan dilaporkan malam tadi berhimpun di luar bar itu yang terletak di zon diplomatik Bahan, pinggir Yangon dan baharu beroperasi dua minggu lalu ketika polis menyerbu premis tersebut sebelum mengawal keadaan di sekitarnya.

Pengurusan V Gastro bertindak memadam iklan tersebut yang disiarkan menerusi laman sosial dan diganti dengan permohonan maaf selepas para pelawat mengkritik promosi bar itu sebagai tidak sensitif dan profesional dengan budaya tempatan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori