Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Jual Kiub Ais Dadah...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya membongkarkan modus operandi terbaru jenayah menjual dadah jenis...

Tertidur Tunggu Geng Merompak,...

MELAKA: Seorang perompak diberkas selepas tertidur dalam keretanya ketika sedang menunggu dua lagi...

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi...

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas dipercayai terbabas berhampiran...

Premis Makanan Patuh Larangan...

KUALA LUMPUR - Larangan penggunaan polisterin yang akan berkuatkuasa 1 Sept ini mendapat...

Persiaran Gurney Tukar Kepada Persiaran Chin Peng?

GEORGETOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang menyangkal khabar angin kononnya nama jalan Persiaran Gurney, di sini akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Januari depan sebagai mengenang sumbangan pemimpin Parti Komunis Malaya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak masuk akal.

“Perkara ini tidak benar sama sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim yang mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Januari sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Rafizal dalam sidang akhbar hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dalam pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.


“Kami tidak pasti dengan khabar angin berkenaan dan sebab itu Pemuda Umno Pulau Pinang mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri kerana perkara berkenaan telah tersebar dalam aplikasi telefon pintar WhatsApp hari ini,” katanya.

Rafizal berkata jika dakwaan itu benar, Pemuda Umno akan membantah dan mempertahankan agar tidak berlaku pertukaran nama berkenaan kerana Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan negara.

“Kami akan bantah sekeras-kerasnya jika perkara itu diteruskan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori