Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Faralyna Kini Berhijab, Hamil...

SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelakon Faralyna Idris yang kini sedang hamil anak pertama. BACA:...

14 Das Tembakan Dihala...

GEORGE TOWN - Dua individu yang menaiki sebuah motosikal melepaskan 14 das tembakan...

Shaheizy Sam Dilantik Duta...

KUALA LUMPUR - Pelakon terkenal tanah air, Shaheizy Sam Abdul Samad dilantik sebagai...

Kerajaan Berisiko Tumbang Esok...

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin politik veteran negara, iaitu bekas Perdana Menteri, Tun...

Najib Ajak Parti-Parti Politik Wakil Kaum India Bersatu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak parti politik yang mewakili suara masyarakat India di negara ini agar bersatu supaya hak dan kebajikan kaum itu terus terbela.

Beliau berkata ketika ini terdapat terlalu banyak parti politik yang mewakili masyarakat itu, memetik laporan laman web Astro Awani.

“Masalah pokoknya terdapat terlalu banyak parti-parti politik yang mewakili masyarakat India.

MENARIK  – PPP Akan Lebih Fokus Kebajikan Masyarakat India

“Hanya ada 7.5 peratus masyarakat India dalam negara ini tetapi parti politik yang mewakili parti India lagi banyak.

“Kalau parti-parti ini boleh bersatu, kerajaan boleh buat banyak lagi untuk masyarakat India.


“Saya penyokong penuh penyatuan semua parti politik yang mewakili masyarakat India,” katanya semasa ucapan perasmiannya di Perhimpunan Agung Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) yang ke 22, di sini, hari ini.

Ketika ini, kebayakan isu dan masalah berkaitan kaum India di negara ini dilihat disuarakan oleh MIC yang merupakan antara parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada UMNO, MCA (Cina) dan MIC (India). – MYNEWSHUB.CC

Video Persatuan India Malaysia Dan Persatuan Punjabi Malaysia Jadi Ahli Gabungan BN

http://youtu.be/BtjSD0FQWYY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori