Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

FAMA Melaka Rekod Nilai...

JASIN - Pasar tani kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Melaka merekodkan nilai...

Pegawai Polis Didakwa Lakukan...

KUALA LUMPUR – Seorang ketua polis daerah di Sabah akan ditukarkan setelah dikaitkan...

Pengerusi PAC Sokong Cadangan...

KUALA LUMPUR- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin menyokong cadangan...

Cuma ‘Orang Gila’ Yang...

HARI ini, gempar jadinya apabila seorang lelaki bertindak menampar Imam II Masjid Negara...

Najib Ke Stadium Nasional Sokong Harimau Malaya Sabtu Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini bagi memberikan sokongan kepada skuad bola sepak Harimau Malaya untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.

Najib berharap ada keajaiban berlaku dengan kebangkinan skuad Malaysia sekaligus menjuarai piala rebutan negara dalam rantau ASEAN itu.

“Malam tadi (skuad negara) kalah bola (kepada Thailand), tapi Sabtu ini saya akan hadir.

MENARIK – Pial AFF : Thailand Benam Harimau Malaya 2-0

“Mudah-mudahan akan berlaku lagi keajaiban untuk kita bangkit semula sekali lagi, dan Insya Allah kita doakan kejayaan pasukan bola kita,” katanya semasa berucap melancarkan Sistem Keahlian Umno Online di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara hari ini.

Pada perlawanan final pusingan pertama malam tadi di Stadium Nasional Rajamalanga, Bangkok, skuad kebangsaan kalah kepada Thailand 0-2.


Sebelum itu, Skuad Harimau Malaya pimpinan Dollah Salleh melakukan keajaiban apabila bangkit menewaskan Vietnam 4-2 pada separuh akhir pusingan kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, dan mara ke final dengan agregat 5-4, walaupun kalah 1-2 pada pusingan pertama separuh akhir di Stadium Shah Alam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Perlawanan Akhir Pertama Thailand Lawan Malaysia

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori