Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Thomson Reuters Keluarkan Buku...

KUALA LUMPUR – Thomson Reuters Malaysia melancarkan buku berjudul “The Life and Law...

Boleh Habis Makan, Restoran...

JIKA anda memang sedang dalam kesempitan wang dan dah tak makan sejak berminggu-minggu...

Jepun Ketatkan Kawalan Sempadan...

TOKYO: Jepun akan memperketatkan langkah kawalan sempadan ke atas pengembara dari China apabila...

Jawatankuasa Disiplin PKR Siasat...

BALIK PULAU - Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini...

Najib Lawat Korea Selatan Mulai Hari Ini

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan rasminya ke Korea Selatan bermula hari ini hingga Khamis atas jemputan presiden republik itu, Park Geun-Hye.

Kali terakhir Perdana Menteri membuat lawatan ke republik berkenaan adalah pada April 2011.

Lawatan beliau akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa Menteri Kabinet termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainudin serta Utusan Khas Perdana Menteri ke Asia Timur, Datuk Seri Tiong King Sing akan turut sama.

Kunjungan berkenaan dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan disamping bertindak sebagai landasan perkenalan kedua-dua pemimpin.

Lawatan itu juga dilihat peluang kedua-dua negara meneroka ruang kerjasama baharu bagi memperkasa dan meluaskan skop perhubungan sedia ada yang mencakupi pelbagai bidang.

Menerusi Gelombang Kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP2.0) juga, tumpuan adalah kepada kerjasama ekonomi lebih kukuh, menerusi peningkatan potensi perdagangan dan pelaburan dalam bidang keutamaan yang didorong kerjasama erat antara sektor swasta kedua-dua negara.

Perdana Menteri dijadual mengadakan Mesyuarat Delegasi Dua-Hala bersama Park bagi berbincang dan bertukar pendapat mengenai hala tuju hubungan dua hala kedua negara.


Najib juga akan berkongsi pendapat bersama rakan sejawatnya mengenai usaha mempromosikan keamanan dan kestabilan menerusi konteks Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) serta kerjasama ASEAN-Korea Selatan, memandangkan Malaysia akan mempengerusikan ASEAN tahun depan.

Perdana Menteri seterusnya dijadual berinteraksi bersama tokoh perniagaan terkemuka republik itu di satu sesi dialog sebagai usaha memangkinkan lagi interaksi perniagaan, menarik pelabur daripada negara terbabit serta memperkukuh status Malaysia selaku antara destinasi pelaburan terbaik di rantau ini.

Tahun lalu, Korea Selatan adalah rakan dagang Malaysia yang ketujuh terbesar dan pelabur asing kedua terbesar negara dengan jumlah pelaburan diluluskan berjumlah USD 1.67 bilion.

Perdagangan Malaysia dengan republik berkenaan juga terbukti mencatatkan perkembangan positif dengan jumlah perdagangan mencecah USD 18.1 bilion (RM56.9 bilion) bagi tahun lalu berbanding dengan USD 15.9 bilion (RM50.1 bilion) pada 2012. – BERNAMA.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori