Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Cuai, Bayi Maut...

MALANG tidak berbau. Itu yang berlaku kepada seorang bayi lelaki selepas maut akibat...

Mahkamah Arah Trump Henti...

SAN FRANCISCO - Semakin ramai pengkritik yang disekat oleh Presiden Donald Trump kini...

Malaysia Kena Menang Buka...

KUANTAN - Skuad hoki negara mahu mencari kemenangan apabila turun menentang penyandang juara,...

UPSR Bocor: Tiga Guru...

PUTRAJAYA - Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman tiga guru,...

Najib Mahu Harimau Malaya Berjuang Penuh Semangat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan skuad Harimau Malaya mampu menjulang Piala AFF Suzuki 2014 dalam aksi menentang Thailand malam ini.

“Saya percaya pasukan Harimau Malaya mempunyai kebolehan untuk memenangi Piala AFF Suzuki 2014. Mainlah dengan penuh semangat.

“Rakyat Malaysia berdoa semoga pasukan Malaysia mencapai kejayaan menebus kekalahan di Bangkok baru-baru ini dan membawa satu permainan yang cukup hebat dan cemerlang…Insya-Allah,” katanya.

Najib berkata demikian menerusi klip video bertajuk ‘Kata-kata semangat Perdana Menteri kepada pasukan Harimau Malaya Akhir Piala AFF Suzuki 2014’ yang dimuat naik di laman YouTube.

Malaysia bertemu Thailand dalam perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bermula 8 malam.


Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan negara jiran itu dalam pertemuan akhir pertama di Stadium Nasional Rajamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Skuad Harimau Malaya beraksi di final kali ketiga dalam kejohanan edisi 2014 selepas 1996 dan 2010.

Malaysia muncul juara kali pertama dalam edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori