Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sarawak Laksana Dua Inisiatif...

BINTULU – Beberapa inisiatif baharu bagi merancakkkan lagi pembangunan ekonomi Sarawak akan dilaksanakan...

Khutbah Aidiladha: Dewan Ulama...

KUALA LUMPUR - Ulama PAS menyokong penuh khutbah Hari Raya Aidiladha oleh Jabatan...

JCorp Berminat Ambil Alih...

SERDANG - Johor Corporation (JCorp), berminat untuk mengambil alih semua ladang satelit tinggalan...

Kemboja Bebaskan 47 Rakyat...

KUALA LUMPUR - Semua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay...

Najib, Muhyiddin Ziarah Jenazah Fuad Hassan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menziarahi jenazah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Fuad Hassan yang meninggal dunia, tengah malam tadi.

BACA: KP Jasa, Fuad Hassan Meninggal Dunia Serangan Jantung

Najib dan Muhyiddin tiba di rumah Allahyarham di Taman Ampang Jaya, Ampang di sini pada 9.15 pagi dan meluangkan masa kira-kira 20 minit mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham.

Suasana hiba menyelubungi kediaman Allahyarham dengan kehadiran kenalan, sahabat dan anggota keluarga terdekat yang memenuhi rumah dan perkarangan kediaman Allahyarham.

Beberapa menteri kabinet turut menziarahi jenazah Allahyarham termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jenazah Allayarham disembahyangkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Teratai, Ampang sebelum Zohor. Fuad, 62, menghembus nafas terakhir 12.20 tengah malam tadi di sisi anggota keluarganya, setelah tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke HTAA, awal pagi semalam.


Allahyarham sebelum itu mengalami serangan jantung semasa menghadiri majlis penutup Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman pada 11.15 malam semalam.

Allahyarham, pernah memegang pelbagai jawatan dalam Pemuda Umno Selangor dan Pemuda Umno Malaysia serta merupakan bekas Adun Hulu Klang (BN) selama dua penggal dari 1990-1999.

Allahyarham merupakan abang kepada pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan dan adik kepada bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori