Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Periksa Keselamatan 115...

SEREMBAN - Sebanyak 115 premis yang menjadi tumpuan orang ramai pada musim perayaan...

Memang Jakim Perlu Belanja...

PETALING JAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan lebih dari RM1 bilion...

Che Ta Tayang Banglo...

SEBUT sahaja nama Rozita Che Wan, pastinya ramai membayangkan kehidupan serba mewah selain...

Tak Pernah Genggam Satu,...

SEPANJANG 10 tahun berkecimpung dalam bidang hiburan, aktres kecil molek, Nora Danish mengakui...

Najib Puas Hati Dengan Persiapan Untuk Kemuncak Asean 2015

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa puas hatinya dengan persiapan yang sedang berjalan untuk Malaysia menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-26 tahun depan.

Sidang itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 April.

Memberitahu demikian, Ketua Lojistik Sekretariat Asean 2015 Datuk K. Ilankovan berkata, sidang itu merupakan acara pertama diadakan selepas Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi Asean bermula 1 Jan tahun depan daripada Myanmar.

Beliau berkata persiapan termasuk penubuhan sekretariat lojistik khas demi menentukan perancangan dan pelaksanaan berjalan lancar.

“PM ingin melihat sendiri fasiliti persidangan, antara lain venue bagi upacara pembukaan, jamuan malam dan bilik-bilik mesyuarat.

“Beliau juga memberi banyak idea dan arahan tertentu untuk penambahbaikan,” Ilankovan memberitahu Bernama selepas kunjungan Najib hari ini.

Najib meluangkan masa hampir sejam meninjau semua venue utama sidang itu.

Beliau diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, bekas ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar.


Ilankovan berkata Najib juga mengarahkan sekretariat itu menyediakan Majlis Jamuan Gala yang impresif bagi menonjolkan kelebihan unik Malaysia sebagai sebuah pusat pasaran multinasional Asean.

Selain Sidang Kemuncak Asean ke-26 yang melibatkan badan serantau berusia 47 tahun itu, beliau berkata Malaysia akan juga menjadi hos Sidang Kemuncak Asean ke-27 pada 19 hingga 21 Nov serta mesyuarat berkaitan, dengan tujuh rakan dialog Asean termasuk Jepun, China, India dan Amerika Syarikat.

Untuk rekod, Malaysia pernah menjadi pengerusi Asean pada 1977 dan 2005.
Sebagai pembuka tirai, Permukiman Para Menteri Luar Asean akan diadakan di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, dari 27 hingga 28 Jan depan.

Permukiman itu adalah yang pertama dalam siri mesyuarat-mesyuarat Menteri Luar Asean dan Mesyuarat berkaitan di bawah Pengerusian Asean Malaysia pada 2015.

Pada Permukiman itu, Menteri-menteri Luar Asean dijangka membincangkan keutamaan-keutamaan ASEAN bagi 2015 dan Visi Komuniti ASEAN Pasca 2015. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori