PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai Hari Keluarga Pejabat Perdana Menteri yang diadakan di Laman Sari, Seri Perdana di sini.
Najib turut menyertai acara senaman zumba bersama kira-kira 350 kakitangan Pejabat Perdana Menteri serta anggota keluarga masing-masing.
Perdana Menteri kemudian melakukan tiga balingan buah kelapa dalam acara boling padang sebagai simbolik perasmian Hari Keluarga tersebut.
Turut hadir Presiden PMO Club Datuk Mohd Poad Jelani dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias.
Hari Keluarga itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan acara sukaneka. – BERNAMA