Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahu Masyarakat M’sia-Thai Di...

SATUN, (Selatan Thailand) - Masyarakat Thailand dan Malaysia di sempadan kedua-dua negara diminta...

Jabatan Berisiko Rasuah Wajar...

KANGAR – Ikrar Bebas Rasuah (IBR) wajar dimeterai oleh setiap jabatan dan agensi...

Mayat Lelaki Bogel Ditemui...

MAYAT seorang lelaki dipercayai warga tempatan ditemui dalam keadaan berbogel di sebuah kandang...

Lelaki Gembira Buat Keputusan...

KEBANYAKAN orang yang mabuk akan melakukan sesuatu kemudian menyesal apabila kembali normal.Namun berbeza...

Najwa Pilih Jejaka Berketurunan Cina

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Najwa Mahiaddin yang dilaporkan telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka berketurunan Cina, Idris Koh Keng Hui yang berlangsung di kediaman rasmi keluarga Najwa di Sri Satria, Putrajaya, semalam.

Najwa yang merupakan anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil manis dan sopan berhijab mengayakan busana berwarna biru lembut sedondon dengan tunangnya yang turut hadir pada majlis itu.

Memetik Murai, pihak lelaki telah memberi tiga dulang hantaran yang dibalas lima daripada pihak perempuan.

Bercakap mengenai perkenalan mereka, Najwa dan Idris sudah lama mengenali di antara satu sama lain dan selalu bekerjasama dalam hal-hal yang melibatkan kerja-kerja muzik mereka.

“Kami sudah kenal lama. Tapi, hanya sebagai kawan-kawan saja. Saya pun tak sangka, dia yang saya anggap sebagai kawan akhirnya menjadi tunang saya. Mula-mula rasa pelik juga, tapi saya terima dia kerana dia memahami diri saya dan seorang yang senang diajak berbicara,” katanya.


Dalam majlis itu, Najwa menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian yang menjadi simbolik kepada pertunangan mereka. – MYNEWSHUB.CC

najwa1

najwa2

najwa3

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori