Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

DAP Parti Hipokrit Sanggup...

KUALA LUMPUR – DAP merupakan sebuah parti hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan Tun...

PRK Tanjung Datu: Harap...

KUCHING - Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof...

Filem Pendek Malaysia Sertai...

BUSAN - ‘Linguistic of Restaurant’, sebuah filem pendek berdurasi tujuh minit dari Malaysia...

Kotak Suara Bermasalah, Aiman...

PENYANYI Aiman Tino memberitahu dia hilang keyakinan untuk membuat persembahan di atas pentas...

Nama Isteri Panjang, Pengantin Lelaki Sebut Sekali Lafaz Jerr

MYNEWSHUB pernah menyiarkan artikel berkenaan cabaran dihadapi seorang pengantin lelaki apabila bakal dinikahkan dengan pilihan hati yang namanya mengandungi tujuh perkataan dan 53 huruf.

Tapi itu cerita 8 Disember lepas, ceritanya sekarang.. pasangan tersebut dah pun selamat bergelar suami isteri dengan pengantin lelaki berjaya menyebut nama isterinya itu hanya dengan sekali lafaz sahaja!

Bagi pengantin lelaki iaitu Pengarah Syarikat Kamalrrudin Ahmad, 31, dia berjaya membuktikan bahawa panjang nama isterinya itu bukanlah satu cabaran.

MENARIK – ‘Masak’ La Pengantin Lelaki… Nama Bakal Isteri Panjang Gile! 

Untuk pengetahuan anda, nama isterinya ialah Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18.

Mereka sah bergelar suami dan isteri pada 12 Disember lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Kamalrrudin berkata meskipun nama pasangannya itu panjang, dia tidak bermasalah melafazkannya dengan lancar ketika akad nikah.

Katanya, dia memanggil isterinya, Puteri.

“Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah.

“Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung,” katanya di rumahnya di Kampung Sawah Dalam, Pekan Nenas, Pontian semalam.


Nama pengantin perempuan di kad jemputan majlis perkahwinan pasangan itu menjadi viral di internet kerana terlalu panjang jika dibandingkan nama kebanyakan orang lain.

kad-jemputan-nama-panjang

Sementara bagi Puteri, dia berbangga memiliki nama sepanjang itu kerana ia adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang muslimah.

Menurut sumber Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada halangan untuk mendaftarkan nama yang panjang asalkan nama berkenaan tidak lebih 80 aksara meliputi ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.

Sebelum ini, JPN pernah memaklumkan nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam adalah nama terpanjang di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Tok Kadi Nikah Paling Sempoi

http://youtu.be/udjWgbT9FKY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori