Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

“Sangat Perlukan Wang, Terima...

BERA - "Saya nak terus pergi beli barang dapur selepas dapat duit Bantuan...

Semua Adun Hadir Sidang...

KUALA TERENGGANU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal keempat bermula...

MOF Jadikan Kuala Selangor...

Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan hasratnya untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai 'Daerah Angkat'...

Aroma Dodol Tarik Pelancong...

KUALA LUMPUR - Aroma dan keenakan dodol yang pernah dicuba di Kuala Lumpur...

Nelayan Rogol Anak Sendiri Dihukum

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan yang bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua anak, akhirnya menerima balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan dikenakan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Lelaki itu menerima hukuman berkenaan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama, dia yang tinggal di Marang mengaku salah merogol darah dagingnya sendiri yang ketika itu baru berusia 14 tahun dan sebulan, di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Selain itu, tanpa riak menyesal dia turut mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.


Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat di hadapan Hakim Murtazadi Amran. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori